Leave a comment

…dalam keadaan ringan ataupun berat

550083_111158095713158_1888346445_n

kredit

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Surah At-Taubah [9:41]

Tiap saat kita takkan terlepas dari tali yang menarik kita ke arah kebaikan dan kejahatan. Ia merupakan fitrah seorang manusia dan tiada keraguan terhadap perkara itu. Tiada istilah aku tidak berbuat apa-apa, kerana tidak berbuat apa-apa itu sebenarnya kita membuang masa.

Logikkah untuk kita tidak berbuat apa-apa sedangkan Imam Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata:

Kewajipan dakwah itu melebihi daripada masa yang kita ada.

Jadi, bukankah itu satu kesalahan untuk kita tidak berbuat apa-apa menggoyang kaki menongkat dagu menunggu mati?

Ramai dalam kalangan kita mengimpikan syurga, salah satu caranya adalah syahid. Namun, untuk memperoleh syahid tidaklah semudah itu kerana ratanya manusia mudah untuk berkata dari bertindak. Mungkin hari ini, kita mampu mengungkap, “Aku ingin berjihad di medan perang!”

Namun, boleh jadi keesokannya apabila datang segerombolan penentang Islam, adakah kita golongan yang menawarkan diri untuk berjihad dahulu. Bukan sahaja kita perlu berkorban nyawa, masa dan harta malah kita juga meninggalkan orang-orang yang kita sayang. Boleh jadi, itu merupakan saat terakhir kita bersama. Mampu?!

Apa kata, kita cuba uji diri kita untuk berjihad dengan perkara yang mudah dahulu. Contohnya, jihad yang paling mudah adalah untuk meninggalkan ruang selesa kita iaitu perkara-perkara duniawi berunsur jahiliah. Korang main game? Tengok wayang? Lambat solat atau tidak solat lansung? Melayari laman web lucah? atau lebih teruk lagi couple?

Aku juga manusia dan aku juga remaja/belia seperti korang. Aku juga mengalami fasa-fasa sebegini walaupun sudah bergelar dai’e kerana seperti yang aku katakan tadi, kita tidak akan terlepas dari dua tarikan ini. Jihad ini aku kategorikan sebagai jihad yang luar biasa sebab ianya memang luar dari kebiasaan. Ketahuilah ianya adalah jihad diri.

Korang berjihad menentang sesuatu yang maya. Korang tidak boleh menggunakan pedang, sniper atau meriam. Yang korang ada cuma diri korang dan Allah. Setiap tindakan yang korang ambik, hanya korang dan Allah sahaja yang tahu. Benarlah kata orang, musuh terbesar yang korang hadapi sebenarnya adalah diri korang sendiri.

Tiada sesiapapun yang boleh tolong korang kalau korang tak bangun dan berusaha mengeluarkan diri korang dari jahiliah kerana pada akhirnya korang yang menentukan arah tuju hidup korang. Boleh jadi korang kata kalau ada kawan yang soleh di sekeliling korang, dia boleh menasihati dan membimbing korang. Ya, ia boleh jadi pemangkin kemada perubahan korang namun, kalau diri korang sendiri tidak mahu berubah, hantarlah imam besar masjidil haram sekalipun korang tidak akan berubah.

Jadi di sini aku nak beri sedikit tips, bagaimana untuk berubah. Ikut tips ini MUJAHID. Tips ini tidaklah dibuat mengikut urutan, ada daripadanya perlu bergerak selari dan mengikut masalah yang dihadapi masing-masing. Namun ini adalah jambatan dan hanya perlu dilalui oleh korang-korang yang ingin berjihad untuk berubah.

  1. Muhasabah
    Berapa banyak korang korbankan masa, tenaga, harta benda kepada Allah (A) dan berapa banyak pulak korang habiskan masa dengan benda-benda lagha seperti tengok movie, main game atau perkara yang tidak membawa kebaikan kepada agama (B). Jika B lebih banyak daripada A maka, korang perlu berubah.
  2. Usaha
    Usaha untuk ubah tabiaat dan rutin harian korang. Kalau selalunya korang menonton movie yang mengndungi unsur-unsur maksiat, cuba cari movie yang berkaitan inspirasi dan tiada unsur couple or maksiat. Kalau korang tanya aku, aku suggest korang tengok cerita kartun. Kalau nak lagi better, korang boleh tengok series macam Omar Series.
  3. Janji
    Berjanji dengan diri korang yang korang taknak buat maksiat atau jahiliah lama korang. Berjanji dengan diri yang korang betul-betul nak berubah dan mahukan hidup yang lebih diredhai Allah. Berjanji yang hidup kita ini akan digunakan sebaiknya untuk jalan Allah.
  4. Amal
    Tingkatkan amal ibadah kita. Ini merupakan cara yang paling efektif bagi aku. Sebab apabila remaja/belia/pemuda mempunyai masa terluang dan tidak mengisinya dengan amal atau perkara yang berfaedah, bermakna ianya terisi dengan perkara lagha/maksiat. Cadangan untuk beginner, baca quran 1 page sehari bersama maksudnya dan tadabbur***.
  5. Hidayah
    Setelah kita berusaha, tak lain tak bukan akhirnya kita perlu berdoa kepada Allah untuk memohon pertolongan kerana dialah sebaik-baik penolong. Dalam hidup kita terdapat pelbagai gangguan untuk merosakkan kita sama ada luaran (sihir) mahupun dalaman (syaitan/nafsu). Ianya ada diceritakan dalam Surah An-Naas (gangguan dalaman) dan juga Surah Al-Falaq (gangguan luaran). Keduanya-duanya memohon pertolongan kepada Allah untuk berlindung.
  6. Ilmu
    Ilmu sangat penting untuk kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Kita tidak boleh mengkhinzir buta dalam amalan. Di sinilah pentingnya untuk kita mendalami ilmu Al-Quran, sunnah dan juga hadith. Bukan itu sahaja, terdapat banyak bahan rujukan untuk dibuat panduan sama ada dalam fasa perubahan ataupun pembinaan diri. Contoh yang aku boleh berikan adalah seperti Sayonara Jahiliah, Ikhwah Pakai Jeans, #Chenta atau Aku Bukan Superman.
  7. Dakwah
    Percayalah dakwah ini bukanlah berat seperti yang korang bayangkan. Ianya tidaklah menuntut korang untuk merantau selama 40 hari 40 malam dari satu rumah ke satu rumah mengajak orang mentaati islam. Namun, ianya bermula dengan nasihat dan ajakan seperti “Wei, jom solat jemaah”, “Eh, dah masuk waktulah, kita sambung main game ni lepas solatlah”. Ini sebenarnya dakwah yang kita impikan. Dakwah yang nyata, mampu diikut dan dekat dalam suasana kita. Tidaklah bermakna tabligh atau dakwah ustaz-ustaz di masjid itu salah, namun tujuan dakwah sebenar adalah untuk mengajak orang kepada kebaikan, fitrah islam sebenar. Jadi, sebagai permualaan tidak perlu untuk kita memikirkan dakwah itu berat seperti seorang imam dan mufti. Kita perlu buang ‘double standard’ yang kita cipta selama ini bahawa hanya mereka yang berkelayakan Universiti Al-Azhar atau pemenang Pencetus Ummah sahaja boleh berdakwah. Apabila kita mengajak orang kepada kebaikan, ajakan itu turut sama ditujukan kepada kita. Secara tak langsung kita juga akan buat.

Sila tekan pautan ini untuk senarai semak harian MUJAHID anda.

Boleh ingat tak tips ini? Kalau tak, apa kata korang tulis perkataan MUJAHID ni pada tempat yang korang mudah lihat dan jadikan ianya pembakar semangat. Aku cadangkan letak pada cermin dan setiap kali korang lihat, katakan pada diri korang, korang adalah Mujahid! Setiap hari, jadikan ianya checklist dari M sampai D.

Jadi inilah jihad pertama yang kita perlu ambil sebelum kita nak keluar ke medan perang. Jom kita tengok adakah kita mampu untuk bermujahadah terhadap diri kita sebelum keluar ke medan perang sebenar. Ini kerana, umat Islam dahulu ketika perang badar, mereka tidak menang kerana kekuatan fizikal atau aat perang yang canggih, namun tarbiah Rasulullah saw yang subur dalam diri mereka serta semangat jihad untuk menyelamatkan islam pada ketika itu merupakan faktor kemenangan di samping pertolongan Allah. 😀 Jadi, selamat berjaya.

Daa~~~

***Tadabbur bermaksud kita membaca terjemahan Al-Quran dan kita reflekkan pada diri kita. Tujuannya adalah untuk kita dekatkan diri kita kepada Al-Quran itu. Ibaratnya, Allah turunkan ayat itu kepada kita walaupun pada asalnya kepada Muhammad SAW.

Leave a comment

Hey Mr. Ego! Watcha doin here?

mr_ego_logo

kredit

Baru-baru ni senpai (senior) aku datang and tanya,

“Ikram nanti nak sambung kenkyuu (research) mana?” dan aku pon cakapla,

“Tak pasti lagi la, belum buat keputusan lagi. Kenapa?”

Dia pon balas, “Ada kemungkinan nak sambung Sensei (Cikgu) X ke?”

Aku pon cakap, “Boleh jadi. Sebab Sensei L pon nak bersara kan and Sensei X punya kenkyuu pon macam menarik.”

Dan tetiba…

“Oh, haritu, Sensei X ada cakap yang dia macam taknak ambik awak as student. Dia kata awak macam tak serius dalam kenkyuu, jarang datang lab semua.”

Aku pon jawab, “Oh, macam tu ke. Hmm… Kalau dia taknak, tak boleh buat apa. Saya cari kenkyuu lab lain la.” Senyum kambing dan berhuhu la kami di situ.

” …………….. “

Well here’s the thing. Memang aku mengakula, aku macam jarang gila pergi lab. Aku susah nak bangun pagi, even though aku dah setting waktu tido aku baik punya, tapi still bangun lewat gak.

Another reason is aku tak suka suasana lab aku tu, gelap dan sometime aku rasa anxious duduk dalam tu walaupon aku takde penyakit anxiety or whatsoever. Well, aku taknak buat alasan banyak-banyak.

Aku suka Sensei L which is sensei aku sekarang. Kadang-kadang dia nampak je aku lepak-lepak dekat lab, or jarang datang lab, tapi dia tak pernah judge aku base on that particular things.

Yes of course, itu mungkin keburukan aku, but aku tak pernah lambat hantar assignment, presentation pon takde masalah. Alhamdulillah, takde failed subject. You know because of what? I know myself because I am who I am.

Dan jangan salah anggap, aku terbuka untuk menerima teguran. Lepas senpai aku cakap macam tu. I’m reflecting myself. Is it wrong apa yang aku buat selama ni? At the end, memang salah la kan. Kau student, buat la cara student. Jangan sesuka hati nak datang lab bila masa kau suka.

Apa yang aku nak kata, dunia kita kita hidup bersama-sama. Kalau kita hidup sorang, buatlah sesuka hatipun takde orang nak tegur, takder orang pon nak ambik kisah. Well, dah dunia kau sorang kan?!

Tapi, kita hidup serumpun, bersama orang yang lain bangsa, budaya, agama dan kefahaman, nak taknak kita perlu ada sikap toleransi dan perlu cakna dengan keadaan sekeliling. Setiap pandangan dan cadangan malah kritikan perlu kita ambil dan hadam.

There’s a fine line between “I am who I am” and

“I am sorry, I’ll consider that and be better next time”.

Pernah dengar perkataan ‘Overconfident”? Spesis ni la perosak dunia. Confident itself is a good quality but don’t put over on it. Over ruins almost everything. It creates something worst which is ego!

When you got ego inside yourself, it’s like a bullet proof wall. Any advise, comment or critic, you just going to shut yourself from them. You’re assuming that they’re just someone who want to take you down.

People do make mistake, YOU also make mistake. You just have to except the fact like everyone else did.

So, since perkara ni jadi, aku tahu Allah bagi aku peringatan.

  • Dia mengingatkan aku tentang pentingnya untuk aku sebagai role model, as a dai’e. Banyak mata yang memandang, suka atau tak suka, orang akan melihat 1% keburukan daripada 99% kebaikan yang aku buat.
  • Dia menyedarkan aku tentang pentingnya untuk mengawal ego. Adakalanya penting untuk menegakkan hak atau pendirian kita namun dalam masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan pendapat orang lain.
  • Dia juga memberi ilham yang dalam hidup ini kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Ia sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan namun ia bukan alasan untuk kita mengambil jalan mudah untuk mengelak dari melakukannya.
  • Dia juga menghadirkan orang yang tidak sependapat, orang yang memberi nasihat dan orang yang memahami aku. Tanpa orang yang tidak sependapat, aku akan besar kepala. Tanpa orang yang memberi nasihat, aku tidak sedar aku buat salah dan kalau tiada orang yang memahami aku, aku akan berasa keseorangan.

Subhanallah. Memang benar kata-kata Dia, petunjuk itu banyak dan bukti-bukti jelas, namun kebanyakan daripada manusia ini buta. Firman Allah swt,

قَدْ جَآءَكُم بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ ۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ عَمِىَ فَعَلَيْهَا ۚ وَمَآ أَنَا۠ عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ

Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu). Surah Al-‘An`am [6:104]

Jyaanee!

Leave a comment

Kesamarataan Kebinasaan

racial equality

kredit

Bila kesamaan disalah erti, manusia terus mencari-cari,
Tuntutan dari hari ke hari, tidak ketemu dek mencari selain illahi.

Hari berlalu dengan harapan,
Luka ku rawat gagah kau ke depan,
Sembunyi kau di situ akan ku simpan,
Pahit bak hempedu kau bukan jawapan.

Kau suarakan mahu hak saksama,
Diam ku kata kau sedang dilemma,
Nafsu cinta pujangga lama,
Jangan kau ulang ingat pertama.

Sejarah terdahulu dah kau saksi,
Padah kan menimpa jangan kau sangsi,
Dunia ini aku yang isi,
Jangan kau tuntut kau itu illusi.

Kau syaitan kau iblis,
Kata kau cinta madah bertulis,
Sering terbisik golongan sosialis,
Hak kami jangan kau gilis.

Separuh badan ku terasa,
Kau tak berhak jangan kau gesa,
Meski kau tuang nanah dan bisa,
Duduk ku takkan menanti masa.

Mereka takkan mengerti,
Perjuangan menuntut entiti,
Jasad di bumi bukti identiti,
Dalam diri dikuasai hati.

Di mana kunci di mana ku lari,
Hendak ku pasti tergigit jari,
Kaki di besi tangan digari,
Rupanya ku pusing mencari-cari.

Jawapan di hadapan kau kebelakang,
Mata ku celik penglihatan kau cekang,
Jalan ku lurus kaki kau kangkang,
Mulia ku bina hina kau tukang.

Sakitnya bukan penawarnya tiada,
Nafas tercungap sempitnya dada,
Maha perkasa kurniakan sabda,
Kemudi bahtera bak sang nakhoda.

Bicara mereka tak tahu semasa,
Ilmunya cetek mindanya tergesa,
Hanya kita kenalnya seksa,
Oh sang pencipta maha perkasa.

Ini bukan cacat dan cela,
Cuma sang bingung menuntut bela,
Berpusing bermain kisah berjela,
Hanya akhirnya menempah bala.

Wahai illahi ampun ku pinta,
Mohon syurgamu jalan kau tinta,
Selamat tinggal sesama cinta,
Menentang yang pesong tegakkan takhta.

 – budakjipun –

Leave a comment

Apabila MATLAMAT tidak menghalalkan CARA…

shutterstock_156323459

Salam wbt

Banyak kali kita mendengar ungkapan matlamat tidak menghalalkan cara. Sudah semestinya TIDAK la kan?! Sebagai contoh paling mudah, kita ambil seorang yang ingin menderma kepada orang miskin dengan cara berjudi. Di manakah logiknya di situ? Meskipun niatnya suci murni tulus lagi mulus, namun dengan perlakuannya untuk berjudi yang sememangnya haram di sisi syara’ telah menghancurkan niatnya untuk beramal.

Sebagai da’ie, ramai dalam kalangan kita akan berfikir pelbagai cara untuk beramal menyelamatkan mangsa kegelapan jahiliah yang tenggelam dengan keasyikan duniawi sehingga terlupa tanggungjawab mereka untuk akhirat. Ada yang cuba untuk berdakwah melalui video berbentuk lakonan atau vlog, ada yang cuba melalui risalah berbentuk tulisan-tulisan atau gambar, menyatakan pendapat melalui blog atau media sosial serta banyak lagi medan-medan yang dijadikan medium penyampaian dakwah.

Namun, kadangkala niat murninya itu tersasar apabila caranya tidak tepat. Sebagai contoh, terdapat satu badan dakwah yang membuat video untuk melahirkan rasa cinta kepada Allah, namun memaparkan lakonan atau babak yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi. Lansung tak masuk akal. A’aa~!

Baru-baru ini, seorang jurugambar yang terkenal Saiful Nang telah memaparkan status Facebook yang kurang senang bagi pembaca-pembaca di media sosialnya berhubung dengan Tanah Suci. Berikut adalah status Facebooknya.

saiful

kredit

Statusnya ini mengundang kecaman pengguna-pengguna laman media sosial  Facebook dan mendapat komen balas yang negatif berunsur kemarahan. Namun, terdapat seorang pengguna laman media sosial tersebut yang bernama Mohd Danial Madani membuat sesi soal jawab bersama Saiful Nang berkenan status media sosial Facebooknya itu.

Beliau bertanya berkenaan motif Saiful Nang mengeluarkan status sebegitu? Katanya, tujuannya adalah supaya manusia sedar islam ini, sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata. Kalau kita lihat di sini, matlamatnya begitu jelas dan tiada salahnya. Memang benar Islam di ambang kejatuhan dan memang perlu untuk kita sebagai umat islam sedar akan masalah ini dan mengingatkan umat islam yang lain.

Jika kita lihat dari sudut positifnya, memang benar statusnya ini akan mengundang perhatian dari pelayar-pelayar internet. Statusnya ini akan memberi satu impak kepada pembaca dan satu mesej yang jelas, Islam sememangnya mengalami masalah yang sangat serius. Mana tidaknya, satu-satu negara yang dianggap tanah Tanah Suci bagi umat Islam turut dicemari masalah pelacuran. Sememangnya Islam dalam krisis kehancuran yang nyata.

Namun, mari kita lihat implikasi buruknya.

  1. Mengundang fitnah yang besar kepada Tanah Suci.
  2. Pembaca akan mula bersangka buruk.
  3. Berlaku perpecahan pendapat yang menjurus kepada perbalahan media
  4. Melemahkan umat islam baik rohani juga mental
  5. Memberi kelebihan kepada musuh islam melalui kelemahan islam

Sudah pasti, pada akhirnya yang kita lihat matlamatnya mengundang keburukan lebih dari kebaikan. Sebagai seorang da’ie yang proaktif, perlu kita lihat pros and cons untuk sesuatu tindakan yang kita ambil dalam melakukan dakwah. Kita perlu membuat pertimbangan sama tindakan tersebut membawa kebaikan lebih banyak atau mengundang keburukan lebih banyak. Dari situ, barulah kita membuat keputusan untuk membuat tindakan tersebut atau tidak.

Dalam sesuatu institusi atau organisasi, apabila sesuatu keputusan hendak dibuat, mesyuarat akan diadakan bagi menentukan tindakan yang bagaimana ingin diambil. Tujuannya adalah untuk membuat pertimbangan baik dan buruk bagi sesuatu cadangan atau tindakan yang akan dibuat. Jika kita lihat sejarah Rasulullah saw dahulu, baginda juga amat menekankan amalan ini. Apakah amalan itu? Syura.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat yang ke 159, terdapat kalimah berbunyi

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

yang membawa maksud,“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam menetapkan kebijakan”. Khalifah Umar Al Khattab berkata :

“Tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura”.

Firman Allah swt yang lain turut menguatkan kepentingan syura,

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” Surah.  Asy-Syura [42:38]

Di sini, ternyatalah amat penting untuk kita membuat pertimbangan dalam membuat sesuatu tindakan. Jika tindakan itu dilakukan oleh kita sendiri tanpa melibatkan organisasi, ini tidak bermakna kita tidak boleh membuat syura. Syura yang boleh kita lakukan adalah bermesyuarat dengan diri sendiri. Kalau aku buat begini apa akan jadi? Patutkah aku bertindak sebegini? Apakah ini selaras dengan panduan Al-Quran serta dalil atau hadis Rasulullah saw?

Wallahualam, semoga tindakan kita selepas ini dipimpin dengan rahmat dan barakah daripada Allah swt.

Nota kaki: Secara peribadi saya menyokong kata-kata Danial terhadap status FB Saiful Nang namun saya sama sekali tidak menyalahkan Saiful Nang, kerana akhirnya manusia itu tidak sempurna dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin penyataan Saiful itu fakta yang tepat, namun manfaatnya tidak begitu jelas apabila disebarkan dengan cara begitu. Yang pasti, tugas kita bukanlah menghukum tetapi mengambil pengajaran. 😀 Untuk petikan kata-kata Danial berkenaan status Saiful Nang sila lihat di sini.

Babai~~

Leave a comment

F.U.T.U.R : Fasa Ujian Tarbiah Untuk Rohani

savedpicture-201412171637571

kredit

Kefuturan bukanlah benda asing dalam dunia seorang ikhwah dan ianya juga bukanlah suatu perkara yang boleh dilazimi dan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan susulan. Futur ibarat virus dalam diri seorang da’ie dan jika dibiarkan tanpa ubatnya, ia akan merebak melumpuhkan sistem imunisasi rohani dan boleh menyebabkan kematian hati.

Ramai ikhwah yang tersungkur dengan virus kefuturan ini. Antara  kefuturan yang boleh aku senaraikan adalah seperti berikut:

  1. Seronok dengan kefuturan itu sendiri.
  2. Persekitaran yang mendorong kefuturan.
  3. Tidak menjaga hubungan dengan Allah.
  4. Liqa yang tidak memberansangkan.
  5. Tidak sedar yang diri sedang dalam kefuturan.

*mostly ini antara kefuturan yang pernah aku pernah alami sebelum ini sama ada ketika menjadi mutarabbi atau murabbi

Seronok dengan kefuturan itu sendiri.

Bagi aku, Ini merupakan jenis futur kedua terbahaya mengikut pendapat personal aku sebab korang akan hanyut dengan keseronokan jahiliah yang terdorong oleh nafsu korang. Sebagai contoh, aku sangat suka tengok movie. Semua cerita baru yang keluar dekat wayang, aku akan pergi tengok atau download dari internet.

Ketagihan aku ni boleh aku gambarkan begini. Katakanlah, aku dah memuat turun 5 buah cerita dari sesebuah laman web. 5 buah cerita ni aku boleh habiskan dalam masa satu malam tanpa henti dengan mengorbankan masa tidur dan makan aku. Hasilnya, waktu pagi aku akan terkorban dengan tidur dan rata-rata aku akan bangun pada pukul 12 atau 1 tengah hari.

Bagaimana aku tangani masalah futur ini? Senang je, aku buang segala movie yang aku ada dan aku akan isi masa aku dengan perkara lain seperti tulis blog dan baca blog. Untuk korang yang ada masalah sama, dalam senarai hobi yang korang ada, pilih hobi yang memberikan korang manfaat paling banyak.

Persekitaran yang mendorong kefuturan.

Persekitaran atau bi’ah sanagt mempengaruhi diri korang termasuklah roomate atau housemate korang, kawan yang korang selalu bergaul dan jugak pekerjaan seharian (macam aku, life aku as a student la). Macam sekarang aku tinggal dengan rakan aku yang masing-masing tidak join usrah (obviously salah aku tak berusaha tarik dorang).

Aku tidak menuding jari mengatakan merekalah punca kefuturan aku tapi atas kelemahan diri aku sendiri, aku mudah terikut-ikut dengan gaya hidup yang sukakan keseronokan. Disebabkan fikrah  yang berbeza ini, bi’ah islamiah itu sukar untuk diwujudkan dan menjurus kepada kefuturan dalam diri aku.

*Tolong jangan salah anggap dengan kawan aku. Seriusly, dorang lebih baik dari aku.

Macam mana aku keluar dari kefuturan jenis ni? Selalunya aku akan menyendiri dan cuba lari dari aktiviti yang aku rasakan akan mendekatkan aku dengan kefuturan tu tetapi ini bukanlah saranan terbaik yang aku boleh bagi. Ini merupakan cara selemah iman. Eheh~ Cara terbaik adalah korang sendiri yang perlu membina bia’ah itu. Kalau kawan korang ajak pergi berhuha, pergila sekali dan korang perlu bertindak sebagai agen pengislaman kepada aktiviti tersebut. Aha!

Kalau dorang ajak pergi tengok wayang, koranglah yang menghalang dengan menawarkan idea yang lebih baik. Kalau dorang sibuk membelek henset bermain game, koranglah yang menyelak-nyelak helaian Al-Quran. Kalau dorang terlupa solat ketika asyik berhibur, koranglah jam loceng mengingatkan dorang.

Tidak menjaga hubungan dengan Allah.

Ini merupakan perkara paling serius yang menjadi punca kepada kefuturan. Ketahuilah, dalam kalangan para da’ie ramai yang bukan sahaja tidak menjaga waktu solat, namun yang lebih teruk meninggalkannya tanpa rasa bersalah walaupun dalam masa yang sama mereka berdakwah mengajak orang untuk beriman kepada Allah. Kepelikan apakah itu?!

Walau pun aku merasakan ianya pelik, namun suka tidak suka aku ingin membuat pengakuan yang aku pernah mengalaminya. Bagaimana aku boleh jadi begitu? Banyak dalam kalangan kita akan berkata, “Aku banyak buat maksiat, apa bezanya aku solat?” Kenyataan samalah jugak aku zahirkan. Puncanya adalah aku bermula dengan maksiat dan aku mengeruhkan keadaan dengan meninggalkan solat. Benarlah firman Allah swt, maksudnya:

“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” Surah Al-Ankabut [29:45]

Cara untuk menanganinya, pertama sekali tinggalkan maksiat yang korang lakukan waaupun mengambil masa beratus tahun lamanya. Allah tidak melihat hasil tapi Allah melihat usaha hambaNya untuk mendekatiNya. Kedua, hilangkan tanggapan stereotaip yang solat yang korang lakukan semasa korang berjahiliah itu sia-sia kerana ianya adalah sebaliknya. Akhir sekali, doalah kepada Allah untuk mengeluarkan diri korang dari jahiliah tersebut kerana doalah penghubung korang dengan Allah.

Liqa yang tidak memberansangkan.

Bagi yang sudah menyertai usrah, ini juga merupakan antara faktor kecil membwa kefuturan. Masalah ini bukanlah heads up yang aku tujukan kepada mutarabbi malah kepada murabbi juga. Ini merupakan faktor kefuturan sewaktu pertama kali aku berliqa’ (berusrah) di Jepun. Ahli usrah aku kebanyakannya pasif dan aku kurang jelas dengan matlamat liqa tersebut.

Saban minggu, aku hilang minat dan semangat untuk berusrah. Alhamdulillah, naqib aku seroang yang hebat, peka dan prihatin. Dia pun menukarkan aku kepada group usrah yang baru dan memberi nafas baru dalam usaha dakwah aku. Di sini merupakan peringatan kepada diri aku yang bakal menjadi naqib suatu hari nanti serta para naqib yang sedang mentabiah anak-anak usrah mereka, be a good detector bukan dictator ye! 😀

Kalau masalah ini, untuk menyelesaikannya korang perlu berterus terang dengan naqib korang. Kadang-kadang murabbi korang terlepas pandang atau mereka sendiri tidak sedar kerana akhirnya murabbi itu juga seorang manusia. Inilah saat korang boleh nilai sama ada hubungan murabbi-mutarabbi korang baik atau tidak. Seorang murabbi yang bijak, dia tidak boleh menyalahkan mutarabbi tersebut termasuklah dirinya.

Ini kerana, masalah ini merupakan perkara lazim yang akan berlaku dalam sistem pentarbiahan. Dalam sistem persekolahan dahulu,  korang mesti pernah bertukar-tukar kelas mengikut keputusan peperiksaan kan? Ini bukanlah bertujuan untuk mendiskriminasi seseorang tetapi sebagai langkah memudahkan pemahaman.

Sebagai contoh kelas A yang mengumpulkan murid yang berkedudukan tertinggi, mereka ini dikategorikan sebagai murid yang bijak dan tangkas dalam pemahaman. Oleh itu, guru akan memberi bahan yang sesuai mengikut pemahaman mereka dan tiada murid yang tertindas disebabkan bahan yang terlampau berat dan pembelajaran yang terlampau laju.

Contoh seterusnya kelas B yang mengumpulkan murid yang berkedudukan rendah, mereka ini dikategorikan sebagai murid yang memerlukan perhatian yang lebih kerana tidak begitu cepat dalam pemahaman. Dengan ini, guru bagi kelas ini akan mengajar mengikut fasa tertentu serta memberi bahan yang sesuai dengan tahap pemahaman murid-murid ini. Jika dalam kalangan mereka ini wujud murid dari kelas A, murid ini akan rasa bosan kerana apa yang diterima jauh lebih rendah daripada keupayaannya yang sebenar.

Perkara yang sama juga boleh berlaku dalam sistem pentarbiahan. Oleh itu, amat penting untuk mempunyai interaksi murabbi-mutarabbi yang baik. Murabbi juga perlu sentiasa peka dan sensitif dengan reaksi mutarabbi. Jika murabbi sudah perasan dengan masalah dalam kalangan mutarabbi, jangan ego dan segera mencari penyelesaian.

Tidak sedar yang diri sedang dalam jahiliah.

Ketahuliah ini merupakan faktor kefuturan yang paling bahaya. Analogi yang boleh diberikan adalah seperti firman Allah,

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis – apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). Surah An-Nuur [24:40]

Apa yang digambarkan Allah dalam ayat di atas adalah, bagaimana keadaan kita dalam kegelapan jahiliah. Ianya begitu gelap sehingga melenyapkan diri kita di dalamnya. Begitulah yang boleh digambarkan dengan tahap kefuturan ini. Disebabkan kita dalam kegelapan yang nyata, kita tidak sedar yang diri kita sebenarnya sedang mereput dimamah jahiliah.

Bayangkan diri korang tidak pernah melihat cahaya. Korang fikirkan kegelapan itu adalah satu-satunya dunia yang ada dan korang kelihatan bahagia dengan kegelapan jahiliah itu. Kegelapan itu terus menelan diri korang menenggelamkan diri lebih dalam ke dasar lautan dan disebabkan korang tidak sedar yang korang sebenarnya dalam bahaya, tiada sebarang usaha untuk korang keluar dari kegelapan itu.

Terus terang aku katakan, cara keluar dari kefuturan ini adalah semuanya datang dari hidayah dan petunjuk Allah. Tiada hidayah dan petunjuk yang datang bergolek, semuanya perlu dicari. Sudah menjadi fitrah untuk seorang manusia mencari kebaikan dan melakukan kebaikan. Akan wujud satu rasa di mana jika manusia itu melakukan dosa atau kesalahan dia tidak berasa selesa dengan perkara tersebut. Pada saat itulah seharusnya dia mencari jalan keluar dan tidak mebiarkan dirinya di situ.

Puncanya berlaku kefuturan sebegini adalah apabila dia kurang pengetahuan. Dia tidak tahu yang perkara dilakukannya selama ini adalah  jahiliah dan disebabkan itu, dia terus hanyut dalam arus kefuturan itu. Oleh itu, dinasihatkan supaya kita mengisi minda kita dengan ilmu supaya kita dapat membezakan yang haq dan batil. Dari situ, kita boleh tahu bila kita diambang kefuturan. Sentiasalah menjaga hubungan dengan Allah kerana dia sebaik-baik pemberi petunjuk.

Berbalik kepada tajuk futur merupakan salah satu tahapan di mana Allah ingin menguji siapa dalam kalangan kita yang benar-benar beriman kepadaNya. Di sebakan itulah, futur ini merupakan fasa ujian, tarbiah untuk rohani seseorang dai’e. Wallahualam.

Daa~~~ 😀

Leave a comment

Cinderella | Have courage and be kind.

Salam wbt

It’s been awhile tak menulis. Apa khabar iman? Harap semuanya dalam keadaan menaik since sekarang ni bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah, bulan yang Allah lipatgandakan pahala bagi setiap amalan yang kita lakukan. Rasa rindu dengan Malaysia. Ye lah, di bulan Ramadhan ni, suasana di sana sangat meriah dengan setiap masjid dipenuhi jemaah muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat terawikh, iftar jamaai di masjid-masjid dengan juadah enak yang disediakan…. Hmmm… 

Baru-baru ni, aku ada tengok sebuah filem bertajuk ‘Cinderella’ yang 2015 version. (macam budak-budak) Yup, sesungguhnya memang menjadi kegemaran aku tengok cerita fairytale ni sebab aku suka berangan. (Hehe) Cinematografi dia tersangatlah lawa, the dress and all the costumes tak payah ceritalah, superb!!! Ada satu kata-kata yang menjadi pegangan si Kak Ella ni sepanjang dalam cerita tu yang berbunyi, “Have courage and be kind”. 

Kalau tengok kedua-dua ayat ni sangat mencabar untuk dilakukan dalam masa yang sama. Especially apabila kita hendak berdakwah. For example, korang nampak kawan korang masih merokok walaupon fatwa telah mengharamkan rokok. Korang nak tegur, but korang sangat takut nanti dia kecil hati dan tarik muka. Kalau tengok kat sini, ada dua pilihan je. Sama ada kalau korang tegur, which is korang ada keberanian ataupun atas dasar untuk menjadi baik, nak menjaga hati dia boleh jadi korang tak tegur.

Well, setiap orang ada masalah ini. Walau kita beriman sekuat mana sekalipun dengan ayat Allah yang bersabda;

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Surah Al-Imran [3:104]

atau hadis Rasulullah saw yang bermaksud;

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)

Dalam kalangan kita akan ada juga yang mengambil keputusan untuk berdiam diri mengambil jalan selemah-lemah iman, iaitu membenci kemungkaran tersebut dengan hati. 

Ingin aku ceritakan sedikit pengalaman aku di Jepun ini berkaitan dengan amalan orang Jepun sepanjang aku berada di sini. Hampir setiap bulan, mereka akan adakan satu perjumpaan yang diberi nama ‘Nomikai’ (nomi=minum, kai=majlis) bertujuan untuk meraikan sesuatu atau kadang-kadang hanya sekadar parti suka-suka. Namun bukan sekadar bersuka gitu-gitu je, disertakan berbotol-botol arak pelbagai jenis kononnya untuk menghilangkan stress kerja.

Since, that time awal tahun, so termeterailah nomikai pertama and I really hope that’s gonna be the last time aku perlu pergi. I can still remember the hideous smell of that thing which spilt almost everywhere aroung that room. At first, everyone was like very in a good manner, tuang sana sini but when dorang dah naik sheikh, subhanallah. Kalau boleh aku nak keluar at that time juga but it’s gonna be so shitsurei (kurang ajar, rude) kalau buat. Allah jela sebagai pelindung waktu tu.

So, nak ceritanya, dorang bukaklah hanashi (perbualan) berkaitan bunka (adat) orang Jepun ni bila nomikai, dorang akan saling tuang-menuang sebagai tanda hormat and terima kasih dorang kat sapa yang dorang tuangkan minuman tu. (Faham tak? haha) For example, kalau aku tuangkan air untuk korang, aku sangat berasa hormat kat korang and nak berterima kasih atas tunjuk ajar dan sebagainya lah. In other words, dorang sebenarnmya nak suruh aku buatla benda tu.***

Aku pon bukaklah langkah silat aku. Siap keluar keris taming sari sekali. Aku cakap, “Moushiwake gozaimasenkedo, isuramukyouni wa kouiukotowo surunoga damedesu. Sake wo jitsuwa minna nomukotoga dekimasennode, moshi sou sureba, sakewo nondekusai tteiu sasoi ni narukara, chotto… kamisama ni shisureikoto shimashita” (Minta maaf sangat-sangat. Agame kawe tokse buat gitu. Benarnye, semua ore tokse minum arok. Kala kawe buat gitu, serupo kawe galakke hambo minum benda tu. Allah maroh) Lol 😀 So, dia pon faham. 

Aku nak korang bayangkan diri korang di tempat aku. Boleh faham tak perasaan bila mana korang di atas satu garisan halus yang membahagikan korang untuk buat pilihan. Nak buat ke tak, nak jadi berani ke nak baik hati? Mana boleh! Haram kot budakjipun, dasar tak sedar orang melayu kita, dah dilupanya adat dan agama. Eh, Mad, apa batang berasap kat mulut tu? Rasanya bukan kuih batang burok kan? >.< Memangla tak boleh kan, hukum Allah dan mengatakan 10 golongan yang dilaknat kerana arak ni salah satunya orang yang menuangkan arak.

That time aku memilih untuk memberanikan diri aku dengan pendirian agama aku walaupun terpaksa menghampakan niat baiknya yang sekadar ingin memperkenalkan budayanya sahaja, but we have our own culture which is Islam. Islam is not just a religion, it’s the way of life, deen. Ia bukan agama ritual yang hanya dilakukan bila perlu seperti agama-agama lain tapi celik sahaja mata kita di kala bangun pagi sehinggalah kita tidur kembali, semuanya telah di tunjukkan caranya oleh Allah melalui kalamnya dalam Al-Quran juga pada baginda Muhammad saw melaluinya sunnahnya.

In Islam, both courage and kindness are qualities that Allah ask for mukmin to learn and to be earned. because of what? So that, we have much courage to speak out for our brothers and sisters in Syria and Palestine, that they have right to live in harmony like other citizen in other region. So that, we have guts to defend in the name of islam when someone try to kill our siblings in Rohingya. When some Christian wants to use Allah as their god’s name, quarrel and hatred are not the solution. Sit, be kind and discuss. There’s always a way. If you see some sisters do not cover their aurah, talk about it in front of other people will make it worst. Be rational and concerned about her feelings.

Sometimes, before we take an action towards something. Just take a minute to think which one do you need the most? Have courage or be kind?

{Rujukan} 

***Orang Jepun kalau dia nak kita buat sesuatu, kadang-kadang dia tak cakap direct. Dia suka pusing-pusing ayat, kononnya manner la buat macamtu. At some point, menyusahkan sebab dia akan merumitkan keadaan. 

Wallahualam.

Daaa~~

Leave a comment

One Day One Tadabbur 1

Assalamualaikum w.b.t.

In syaa Allah hari ini, aku nak berkongsi sedikit kefahaman yang Allah berikan kepada aku berkaitan dengan surah Al-Bagharah ayat 1 hingga 5. Dalam kalangan kita, ayat ini mesti dah menjadi satu kelaziman untuk dibaca setiap pagi dan petang ketika Al-Ma’surat. Malah ada yang lebih hebat sudah menghafal pon ayat ini.

(1) Alif, Laam, Miim.

(2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(3) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(4) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

(5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Surah Al-Bagharah [2:1-5]

Kalau kita lihat kelima-lima ayat ini Allah sudah membuat satu kesimpulan atau sinopsis tentang kehidupan kita di dunia ini. Pada permulaan surah ini, Allah menyebut Aliff lam mim yang pada kita tidak langsung membawa satu erti pun. Nah di sini sahaja, kita disedarkan oleh Allah betapa cetek dan tohornya pengetahuan kita. Hanya dengan tiga huruf ini sahaja, Allah telah membuktikan akal fikiran kita terbatas dan hanya Dia sahajalah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Subhanallah…

Allah menyambung lagi bahawa Al-Quran ini tiada keraguan padanya, oleh itu jadikanlah ianya petunjuk. Namun ianya petunjuk bagi siapa? Allah bersabda hanya untuk orang yang bertakwa. Apa itu takwa? Mudah sahaja, perkataan takwa itu sendiri membawa erti takut. Aku bagi satu analogi mudah. Orang yang rapat dengan kita iaitu bapa kita. Kita mesti takut dengan bapa kitakan? Takut di sini bukannya seperti takut seorang pengikut gangster kepada tuannya, namun takut yang berlandaskan hormat, terbina atas dasar kasih sayang. 

Jadi, dengan perasaan takut ini sahajalah yang akan membuatkan kita percaya dan ikut segala suruhan bapa kita dan meninggalkan larangannya. Sama juga dengan konsep takwa kepada Allah ini. Apabila wujudnya sifat takwa itu, barulah segala perkara yang tertulis dalam Al-Quran ini menjadi petunjuk. Jika tidak, bacalah sebanyak mana sekalipun mukjizat Al-Quran ini, tanpa ketakwaan, hati kita tidak tergerak sedikit pon untuk menzahirkan isi kandungannya sebagai petunjuk.

Lagi Allah meneruskan pada ayat ke-3 dan ke-4 dengan berkata, ciri-ciri orang bertakwa ini ada 5 perkara iaitu:

  1. Beriman dengan benda ghaib.
  2. Melaksanakan solat.
  3. Menginfakkan sebahagian rezeki.
  4. Beriman kepada Al-Quran dan kitab-kitab.
  5. Beriman kepada hari kiamat.

Ghaib merupakan perkara yang tidak boleh diterangkan melalui kaedah sains yang mana para bijak pandai menganggap ianya tidak logik dan tak relevan untuk dipercayai seterusnya menjurus kepada penolakan perkara tersebut dari penerimaan akal. Jadi, mengapa beriman kepada benda ghaib itu menjadi ciri yang pertama untuk orang yang bertakwa. Ini kerana kesemua perkara di dunia ini sebenarnya ghaib. Cuma kadangkala, disebabkan sudah menjadi satu kebiasaan, akal kita boleh menerima perkara ghaib itu dan menganggapnya sebagai logik.

Paling mudah aku bagi satu contoh sebuah objek yang boleh dijadikan perkara ghaib dan objek ini tidak kurang ajaibnya. Objek ini diperbuat daripada besi yang beratnya mencecah bertan-tan mampu terapung di udara bernama kapal terbang. Kalau kita fikir betul-betul ajaib bukan? Kuasa ghaib mana yang mampu mengangkat kapal terbang itu sehingga boleh terapung di udara?

Mungkin ada dalam kalangan kita berkata, “Bernoulli’s Principle lah Budakjipun, takkan tak tahu kot. Disebabkan law itulah, dia boleh terapung” MasyaAllah hebat pembaca blog budakjipun ni. Sedarlah korang bahawa law atau hukum yang kita belajar selama ini tidak jadi kalau tak kerana Allah’s Principle which states that “Kun fayakun”.

Maksudnya di sini, walaupun ada kajian sains yang khusus untuk membuktikan segala macam hukum yang ada di dunia ini, muslim sebenar tidak akan bertakwa sebenar-benar takwa jika setiap apa yang berlaku memerlukan penjelasan yang logik untuk diterima akal. Ini kerana antara perkara yang sukar untuk diberi penjelasan logik tersebut adalah iman.

Tadi, kita sudah sentuh dari sudut rohaniah, bagaimana pula dengan jasmani atau amalnya. Dengan ini, datanglah tuntutan untuk menunaikan solat yang bertujuan sebagai tanda syukurnya kita memiliki iman dan kepercayaan kepadaNya juga sebagai ingatan kita terhadapNya. Disebabkan itulah turunnya Surah Taha ayat 14 yang bermaksud:

Sesungguhnya akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahkanlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.          Surah Taha [20:14]

Kemudian, Allah menuntut orang bertakwa itu menginfakkan sebahagian daripada rezkinya. Ini kerana untuk hidup di dunia ini, manusia perlu berkorban dan saling bantu-membantu. Sesungguhnya rezeki yang dikurniakan keopada kita itu tidak semuanya ditakdirkan untuk kegunaan kita. Allah jugak hendak kita tahu, seorang muslim sejati memerlukan sebuah pengorbanan yang besar dan mujahadah yang tinggi. Jika RM5 seminggu untuk disedekahkan pada tabung masjid dirasakan besar untuk diinfakkan, apatah lagi untuk berkorban nyawa berjihad untuk agamaNya.

Setelah kita sanggup berkorban harta wang ringgit, masa dan tenaga untuk agamaNya, sudah semestilah ianya untuk dakwah. Apabila ingin berdakwah seseorang itu perlulah berilmu dan mengambil garis panduan yang sebenar. Jika tidak, ke mana dia menyeru manusia akan menjadi satu persoalan dan kekangan pada dakwahnya.

Allah telah jelas mengemukakan garis panduan yang benar malah tiada keraguan terdapat padanya. Tak lain dan tak bukan Al-Quran, satu-satu mukjizat yang ditinggalkan kepada kita. Bukan tongkat sakti Musa A.S., bukan juga lidah Nabi Sulaiman A.S yang fasih bertutur binatang. Namun di dalamNya terdapat kata-kata peringatan dari Allah yang bersifat fitrah.

Ayat-ayatnya diturunkan bukan untuk dibuat minuman bijak akal, juga tidak disampaikan untuk mengubati penyakit rasukan jin dan syaitan. malah ianya untuk dibaca, difahami, diamal dan disampaikan kepada seluruh umat manusia. Oleh kerana itulah, Nabi Muhammad S.A.W beriya-iya menekankan kepentingan untuk menyampaikan ayat Allah ini dalam hadisnya bermaksud:

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash ra., Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat dan ceritakanlah tentang Banis Israil tanpa perlu trakut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja, maka bersiaplah dia mengambil tempat di nerka.” (Al-Bukhari)

Akhir sekali, tidak seorang muslim itu bertakwa sebenar-benarnya jika dia tidak beriman dengan hari kiamat. Mengapa begitu penting untuk beriman kepada hari kiamat ini adalah kerana pada hari inilah, segala amal baik buruk kita dihitung dan dibuat percaturan. Orang yang bertakwa itu perlu percaya adanya kehidupan selepas mati yang mana terdapat dua pilihan sahaja, syurga atau neraka.

Tujuan Allah menetapkan ciri orang bertakwa itu perlu beriman pada hari kiamat adalah agar ianya dijadikan motivasi untuk kita senantiasa bermujahadah membuat kebaikan yang in syaa Allah pengakhirannya adalah syurga manakala sebolehnya mengurangkan dosa untuk mengelakkan daripada kita menjadi ahli neraka.

Pada ayat ke-5 Surah Al-Bagharah ini, Allah menekankan bahawa petunjuk hanya diberi kepada mereka yang bertakwa ini dan mereka inilah orang yang beruntung. Dapat tak?! Tidak semua orang mendapat petunjuk. Maksudnya di sini, selangkah kita menuju kepada ketakwaan, selangkah kita menghampiri petunjuk Allah.

Bukannya kita dapat petunjuk baru kita bertakwa. Takwa itu perlu hadir dahulu yakni perlu diusahakan agar kita mendapat petunjuk dalam agamaNya ini. Maka inilah sinopsis kehidupan kita sebenar sebagai seorang mukmin yang hanya dimuatkan dalam 5 ayat pertama surah Al-Bagharah ini. Hebat bukan? Namun masih ramai lagi di luar sana membuat Quran sebagai hantaran bukannya panduan. ( T . T ) Wallahualam.

Jya, matane!

Leave a comment

Pernahkah anda?

Salam wbt

  

Jadilah seperti kapal terbang, semakin ia terbang tinggi, semakin kecil ia melihat dunia.

Pernah tak anda di ambang kekeliruan atau dilemma antara ingin bersama dalam jalan dakwah atau tidak. Soalan ini khusus kepada yang sudah menyertai usrah.

Bagi saya sendiri, saya pernah mengalaminya. Di sini, saya nyatakan antara sebab2 nya.

1. Saya takut saya jadi orang yg hipokrit sebab saya nasihat orang tapi jahiliyah masih melekat dalam diri saya.

Solutionnya adalah anda perlu sematkan dalam fikiran mengatakan bahawa tiada manusia yang sempurna. Dalam masa yang sama, anda perlu membenci jahiliyah yang sedang anda lakukan itu dengan sedaya upaya meninggalkannya. Jangan lupa untuk terus berdoa minta petunjuk dan kekuatan daripadaNya.

2. Saya takut masa untuk mengejar impian saya terganggu.

Setiap orang mempunyai cita2 masing2. Seperti orang lain juga, saya mempunyai impian memiliki harta dan kekayaan, kerja yang stabil. Tapi kita perlu ingat, segala kekayaan itu tiada barakahnya jika hanya ingin digunakan semata2 mencari keseronokan duniawi. Perlakuan kita mengejar kekayaan itu, seperti belajar bersungguh2 sehingga lewat malam, berkorban masa dan tenaga, itu semua hanya sia2 kerana kita lakukan bukan kerana Allah, bukan untuk menunaikan hak kita kepada Allah sebagai daieNya.

3. Saya rasa join dakwah espc bulatan gembira usrah bagai ni bukan cara saya untuk dekat kepada Allah.

Saya sebagai seorang budak usrah juga mengakui kadang2 terlintas perkara ni. Jawapan saya pada diri saya, ada lagi ke cara lain yang lebih membuahkan hasil dalam mendidik hati dan jiwa manusia ini kepada tarbiah selain usrah? Jawapannya setakat ini TIADA. Jadi inilah cara terbaik untuk mentarbiah jiwa muslim untuk menjadi mukmin sebenar.

4. Saya taknak berdakwah dan saya tak kisah.

Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Dia la sebaik pemberi petunjuk, mohonlah petunjuk dan hidayah daripadaNya. Semoga dia membuka pintu hati kita untuk lebih mengenaliNya.

Muhasabah untuk diri saya yang imannya bagai air yang menggelegak.

Leave a comment

Dakwah Itu Selalu Bermula Dengan Syukur

Laskar Mentari

Ya, biarlah setiap hari dakwah kita bermula dengan rasa syukur yang segar-bugar. 

Syukur kerana Allah mengurniakan kita kemampuan untuk bernafas. Paru-paru kita boleh mengembang dan mengecut bersama-sama gerakan tulang-tulang rusuk yang melindungi organ yang sungguh lembut ini. Trachea kita tidak tersumbat pagi ini dan masih kuasa mengalirkan udara sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kantung-kantung alveoli yang halus dan tidak terbayang oleh mata kita. Saluran-saluran darah yang menyelubungi kekantung udara ini pula sentiasa efisyen dan tidak pernah terganggu proses penyerapan oksigen ke dalam darah kita sehingga seluruh sel-sel tubuh kita bisa bernyawa dan bermetabolisme secukupnya.

Untuk segala nikmat indahnya udara yang masuk keluar kedalam tubuh kita ini, maka dakwahkanlah Islam agar lebih ramai manusia mengenali penciptanya. 

Syukur kerana Allah telah mengurniakan kita mata yang kedua-duanya berfungsi dengan bagus sekali. Meski ada yang rabun jauh atau dekat, Allah selalu datang dengan kasih sayangNya dan membetulkan kerabunan itu dengan segala teknologiNya. Dia sediakan photoreceptor yang…

View original post 332 more words

Leave a comment

Sampai Ke Tak Cik Abang Oi!

Salam wbt

 

Di bawah merupakan 2 faktor ketidakkeberkesan penyampaian.

1. Ukuran yang digunakan penyampai dan pendengar berbeza.

2. Ucapan itu sendiri mengelirukan atau kabur.

Kepada dai’e di luar sana, sebelum kita hendak menyampaikan sesuatu, sukalah untuk diingatkan agar kita mengenal dengan lebih rapat terlebih dahulu sang pendengar. Ini adalah untuk memastikan masalah pertama ketidakkeberkesan penyampaian kita tidak berlaku.

Apabila neraca atau rujukan kita sebagai penyampai dan pendengar berbeza, imam Hassan Al-Banna menyatakan dalam risalahnya yang bertajuk ‘Ke Arah Mana Kita Meneyeru Manusia’ bahawa isi penyampaian kita berkemungkinan besar tidak sampai kepada pendengar.

Mengapa Al-Quran menjadi rujukan dan kayu ukur kepada para dai’e? Dalam Al-Quran terkandung perkara-perkara seperti,

•    asas akidah

•    keperluan asas manusia

•    intipati undang-undang dunia

•    perintah dan larangan

Oleh sebab itu, Al-Quran merupakan rujukan utama dalam penyampaian kita. Untuk itu, bagi memastikan keberkesanan penyampaian, para pendengar juga hendaklah mempunyai kayu ukur atau rujukan yang sama seperti kita iaitu Al-Quran sebelum dia mendengar penyampaian kita. 

Wahai dai’e sekalian, matlamat kita mudah iaitu jika manusia di luar sana sudah melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Quran, bererti matlamat itu sudah kita kecapi. Namun, perlaksanaannya tidaklah semudah  mengungkap dengan kata-kata. 

Oleh itu, ketahuilah mukmin yang sebenar adalah yang berkorban jiwa dan hartanya pada jalan Allah. Sesungghnya dunia merupakan medium untuk kita mewakafkan harta kita untuk menempah syurga di akhirat kelak.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.  

Al-Taubah [9: 111]

Jadi, sentuhlah jiwa mereka ini dengan kata-kata Allah, didiklah mereka mengenal erti sebenar tarbiyah, pujuklah mereka membawa dakwah, membawa sinar islam ke pelusuk dunia, ketuklah pintu hati mereka dengan istiqamah agar mereka menjadi penyambung usaha dakwah ini.  

Bagi menyentuh perkara kedua, matlamat merupakan asas terpenting dalam mencorak sesuatu perancangan. Manakan mampu untuk kita membina atau merangka sesuatu strategi serta pelan tindakan tanpa tujuan yang jelas. Dalam erti kata lain, kita sendiri kabur dengan apa yang kita lakukan apatah lagi untuk disampaikan kepada mad’u.

Sama juga bagi manusia di dunia ini, disebabkan matlamat sebenar mereka tidak jelas, ramai yang sudah lari dari landasan sebenar. Perancangan hidup mereka banyak yang menjurus kepada keduniaan yang tersimpang jauh dari ajaran Al-Quran dan bermatlamatkan kemewahan dan harta benda kesenangan dunia.

Oleh itu, untuk sang dai’e di luar sana, amatlah penting untuk kita mempunyai matlamat yang jelas ke mana ingin kita bawa mad’u kita, agar setiap kali penyampaian kita dalam liqa, susunan bahan yang ingin disampaikan lebih teratur dan tidak kabur, seterusnya pendengar yakni mad’u kita tidak terkeliru.

Jika, kedua-dua faktor di atas dapat kita perbetulkan, in syaa Allah kita mampu mempertingkatkan keberkesanan penyampaian kita. Namun, dalam usaha yang kita lakukan, janganlah kita lupa hidayah dan petunjuk itu datangnya daripada Allah. 

Setelah kita berusaha, iringilah dengan doa, pohonlah daripadaNya kemudahan dalam menyampai dan dibukakan pintu hati pendengar untuk menerima penyampaian kita. Senantiasalah menjaga hubungan kita dengan Allah. 

Bajakkan tanahnya dahulu, barulah ditanam pokoknya,

Bajakan tanahnya selalu, barulah mengharap hasil buahnya.

Adios!